Skincare 101

Skincare 101: The 10 Steps Korean Skincares Routine

Assalamualaikum, ❤

If you are new to korean skincares, then you must be wondering why I’ve been trying so many products. Right? Tak sama dengan skincare yang biasa kita guna kat sini, Malaysia. Since I fell in love with their skincares line, I also have been trying their skincares steps. Ada 10 langkah kesemuanya-bermula daripada mencuci muka sehinggalah ke masker muka.

READ THIS: If you want to treat your skins better, let say you have severe acne/scars, then it is advisable to follow all the 10 steps, but it is okay just to follow 5-6 steps depending on your skins condition. Okay? 

facetune-2

icanstyleu.com

Langkah Pertama: Tanggalkan Makeup

Kalau pakai makeup-bb cream/foundation etc, mesti kena guna penanggal make up yang berkesan. Dan bagi orang Korea, penanggal make up yang paling berkesan ialah jenis minyak atau balm. Sebab, jenis penanggal make up macam tu akan buatkan make up melts dan mudah ditanggalkan. Ianya juga akan dapat cuci jauh ke dalam pori.

Langkah Kedua: Cuci Muka

Cuci muka adalah sangat penting untuk menanggalkan semua kotoran, sel kulit mati dan habuk yang mungkin melekat di muka. If you are not cleanse your skin properly, all the gunk will clogged your pores and it become acne/bump. Selepas dah tanggalkan makeup, langkah seterusnya ialah guna pencuci muka jenis air untuk mencuci keseluruhan muka, bagi memastikan kulit betul-betul bersih. Its also called as DOUBLE CLEANSING METHOD. Pencuci muka yang kita guna [foam, milk, gel] bergantung kepada keadaan kulit kita-sama ada kering, berminyak atau normal.

Langkah Ketiga [weekly]: Exfoliate/Scrubs

Langkah ni tak perlu dibuat setiap hari. Langkah ni cuma wajib dibuat seminggu 1-2 kali saja tau. Kalau selalu pakai makeup yang full and heavy, buat la dalam 2 kali seminggu. Tujuannya ialah untuk tanggalkan sel-sel kulit mati, dan cuci pori daripada kotoran. Nak tau jenis kulit yang sesuai guna exfoliators atau scrub? Klik [SINI] untuk baca post berkenaan ini.

Langkah Keempat: Toner

Toning your face is the most important steps in skincare. Toner penting untuk seimbangkan balik pH kulit kita tau. pH yang rendah dan seimbang dapat elakkan jerawat daripada tumbuh dan elakkan kulit jadi sensitif. Perlu pastikan toner yang kita guna tu berada dalam lingkungan 3.4 sehingga 4.8. pH level untuk lapisan acid mantle kulit kita ialah 4.7. Kalau kita tak guna low ph cleanser, kita kena pastikan yang kita guna low ph toners. Klik [SINI] untuk baca berkenaan kepentingan pH level dalam merawat kulit.

Langkah Kelima [Optional]: Essences

Langkah ni termasuk dalam 10 steps korean skincares dan paling popular, tapi kalau nak skip langkah ni pun tak ada masalah okay. Fungsi langkah ni ialah untuk tambahkan kelembapan pada kulit kita. Semua jenis kulit tak kisahla kering atau terlalu berminyak, wajib tambahkan kelembapan pada kulit supaya sel kulit cukup hidrat dan takkan mengeluarkan lebihan minyak nanti. Essences ni ada dua jenis-air dan gel. Langkah ni juga penting untuk memastikan produk yang kita guna selepas tu akan lebih mudah meresap dan cepat berkesan. Ada banyak pilihan essences yang popular tau, I’ll update later, ❤

Langkah Keenam: Ampoule/Serum

Okay, yang ni tak boleh skip/tak digalakkan untuk skip. Walaupun kulit tak bermasalah, its better to have more concentrations of products in your skincare routine though. Kebanyakkannya akan guna serum yang berbeza untuk siang dan malam, tp boleh je kalau guna serum yang sama. Nak guna serum/ampoule waktu malam sahaja pun okay je, bergantung pada keperluan kulit dan cuaca. Contohnya, kalau rasa siang tu panas and tak suka layer too much products, then you can skip the serum/ampoule during day time.

Basically, serum/ampoule ni adalah untuk intense treatments, yang berfokuskan kepada masalah kulit tertentu. Kalau kulit berjerawat, pilih serum yang boleh rawat jerawat tu. Kalau kulit kering dan sensitif, pilih serum yang lebih soothing and calming. And kalau ada kedutan, garis halus, banyak je serum yang ada anti aging effects atau lifting effects. Serum/ampoule biasanya lebih pekat berbanding essences. I’ll update later on the most popular korean serum/ampoule ❤

Langkah Ketujuh [weekly]: Sheet Masks

Trend sheet masks sebenarnya berasal dari Korea. Orang Korea biasanya guna sheet masks setiap hari-7 days of sheet masks. Fungsinya sama macam pakai essences-melembabkan semula kulit. Tapi, ada tambahan fungsi lain dalam sheet masks tau, dan ada pelbagai jenis sheet masks. Boleh pilih kandungan sheet masks bergantung kepada keperluan kulit. Walaupun sheet masks boleh dipakai setiap malam, tapi boleh je kalau nak pakai sheet masks dalam 2 atau 3 kali seminggu ataupun cuma sekali seminggu.

Langkah Kelapan: Eye Cream

Langkah ni memang tak pernah atau jarang sangat kita buat kat sini, kan? Well, at least for me. Mungkin sebab rasa diri muda lagi? LOL

But, never skip this steps. Sebab tanda penuaan yang pertama sekali akan berlaku di sekitar mata, mulut dan dahi. So basically, kalau beli eye cream, sebenarnya boleh dipakai di kawasan mata, dahi, dan sekitar mulut jugak tau. Dan boleh je dipakai keseluruh muka. Kawasan mata adalah paling sensitif, so kalau sesuai guna di mata, mestilah sesuai untuk seluruh muka jugak, kan? Tips jimat, beli eye cream instead of regular face moisturiser. Hehe

Langkah Kesembilan: Pelembab [siang/malam]

Langkah ni memang langkah basic je kan. Semua pun tahu fungsi pelembab tu apa. And macam biasa, boleh guna pelembab yang sama untuk kegunaan siang dan malam, tapi in korean skincares, they have special night moisturiser and they called it as sleeping pack.

In korean skincares, pelembab ada banyak nama panggilan tau-lotion, emulsions, cream. Semua tu pelembab tapi berbeza teksturnya. Biasanya, lotion/emulsion dipakai waktu siang sebab lebih ringan dan tak berminyak. Typical moisturiser kat sini semua dalam tekstur cream kan? Sebab tu orang yang kulit berminyak tak suka pakai moisturiser. Cream tu sebenarnya hanya sesuai untuk orang yang berkulit kering sebab ada kandungan oil dalam tu. Tapi untuk lotion/emulsions, kebiasaannya tak banyak oil dan dihasilkan untuk orang yang kulit berminyak.

Langkah Kesepuluh: SPF/Sunblock

Sunblock ni macam biasalah, pakai waktu siang je. Wajib pakai bagi mengelakkan kulit rosak dan mengelakkan parut yang sedia ada tu menjadi lebih teruk. Sunblock dikategorikan dalam skincare tau, bukan makeup. So, wajib pakai.

6358894145678056331466363893_glowrecipeeveningskincareroutine

Glow Recipe

Disclaimer: All the pictures are not mine, and I already link the actual website below the pictures. You can click it to find out more. 

If you have any questions, leave your comments below. Have a good day.

Anyeong!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s